Ziarah Ustaz Zaki di Hospital SP
Foto-foto ziarah Ustaz Zaki di Hospital Sungai Petani pada 23 Oktober 2010 (Sabtu).
Mesyuarat Agung JDB 2010
Al-Amin Gombak – Mesyuarat Agung JIM Daerah Batu 2010 (MAD JDB 2010) telah diadakan dengan jayanya dengan perasmian disempurnakan oleh Sdra Roshasni Marjumat, YDP JIM KL. Dalam ucapan beliau, Roshasni telah mengenengahkan 5 agenda untuk perhatian semua perwakilan dan pemerhati MAD JDB 2010 iaitu:
- Berjuang …kerja kita
- Istiqamah satu komitmen
- Peralihan agenda pembangunan
- Menerima transisi
- Memanfaatkan kekuatan
(Bahan penyampaian YDP JIM KL boleh dilihat di sini)
Selain daripada edaran dalam bentuk laporan bertulis, laporan MAD JDB kali ini juga telah dibentang dalam bentuk 2 video klip yang menarik.
Dalam program khas, 3 orang anak ahli JDB telah menerima hadiah khas kerana mendapat pencapaian cemerlang dalam pelajaran iaitu:
- Muhammad Yazdaan Mohammad Aris – Penerima Anugerah Pelajar Diraja UTM 2010 (lihat di sini)
- Syakirah Abdul Rahman – PMR 9A
- Mu’az Omar – PMR 8A
Pada akhir MAD JDB 2010, selepas ucapan penangguhan oleh Sdra Hassan Unir (YDP JDB), Hj Zulkarnain Ghazali telah berkongsi pengalaman beliau bersama Abdul Hafidz, Hj Omar, Aminuddin dan isteri beliau Wan Mariam dalam misi membantu Ustaz Mohd Zaki dan keluarga beliau ke Kuala Kangsar dan seterusnya ke Kuala Ketil Kedah.

Laporan dan Aturcara MAD JDB 2010
Perutusan Eidulfitri YDP JIM & IKRAM Batu
Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar
Lailaha Hilallah Wallahu Akbar
Allahuakbar Walillahil Hamd.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang,
Saudara/i yang dirahmati Allah SWT,
Ramadhan baru saja melabuhkan tirainya. Rasulullah SAW dan para sahabat menangis ketika Syawal menjelang, kerana Ramadhan yang pergi belum pasti kita temui lagi pada tahun hadapan. Pemergian Ramadhan juga bermakna peluang untuk beramal dengan ganjaran berlipat ganda telah berakhir buat kali ini.
Ramadhan yang baru pergi mencatat sejarah istimewa kepada JIM dan IKRAM Daerah Batu yang berjaya seiringan memacu program Semarak Ramadhan di kawasan Batu. Program Semarak Ramadhan juga menjadi platform selesa untuk memperkenalkan IKRAM kepada masyarakat. Alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan, semuanya berjalan lancar dan mudah-mudahan IKRAM mula menjadi sebutan masyarakat.
Saudara/i yang dimuliakan Allah SWT,
Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan melawan hawa nafsu. Ia juga adalah kemenangan kita dalam menjalani tarbiyah madrasah ruhiyyah Ramadhan bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Sebagai ahli pergerakan dakwah, ianya akan menjadi bekalan penting untuk membantu kita mengharungi cabaran perjuangan sepanjang sebelas bulan akan datang.
Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan yang lepas, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengajak masyarakat menghayati dan menyemarakkan amal dalam bulan yang penuh barokah ini. Semoga segala usaha AJK serta seluruh warga JIM dan IKRAM Batu bersama masyarakat pelbagai peringkat diterima oleh Allah SWT dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Usaha-usaha yang berjaya kita lakukan bersama ialah:
- Pelancaran Semarak Ramadhan yang disekalikan dengan ceramah Palestin bersama Ir Dr Hj Selamat Aliman bersama dengan Hj Ridzuan Harun (Fellow kanan PACE) di Masjid Saidina Hamzah pada 1 Ogos 2010
- Karnival Futsal Remaja 2010 di International Islamic College pada 1 Ogos 2010 yang disertai oleh 10 pasukan – Hadiah disampaikan semasa pelancaran semarak Ramadhan di Masjid Saidina Hamzah pada malamnya.
- Mengedarkan 13 banner semarak Ramadhan kepada surau, masjid dan juga PPAA mulai 1 Ogos 2010.
- Mengedarkan brosur “Program Rayuan Ramadhan 1431H” anjuran JIM Pusat dan KIMB. Dimaklumkan penyertaan borang bercop JIM Batu paling banyak diterima oleh pihak urusetia.
- Mengedarkan 10 ribu risalah “Ramadhan Ketibaanmu dinantikan…” kepada surau dan masjid mulai 1 Ogos 2010
- Mengedarkan tabung Semarak Ramadhan untuk kutipan fakir-miskin dan Palestin di SRIAAG dan SMIAA yang berjaya mendapat kutipan sehingga 7 Ogos hampir RM5,000.
- Bersama Aqsa Syarif Daerah Batu, bersama menganjurkan “Mavi Marmara Week” di IIC pada 16 – 20 Ogos 2010.
- Mengedarkan 2 ribu risalah “Ramadhan Pemergianmu ditangisi…” kepada surau dan masjid mulai 28 Ogos 2010.
- Menganjurkan program “Remaja Raikan Ramadhan” di Masjid Saidina Hamzah pada 28 & 29 Ogos 2010.
- Menganjurkan program “Cinta Fotokopi” di Surau Al-Izzah pada 28 Ogos 2010 yang dihadiri lebih 40 orang peserta.
- Menghulurkan sumbangan kepada 72 penerima di kalangan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, pesakit kronik, OKU dan warga emas melalui “Proram Tautan Kasih Ramadhan”. Sumbangan berupa wang tunai dan juga barangan asas.
- Mengadakan program Iktikaf 10 Akhir Ramadhan di Masjid UIA mulai 30 Ogos 2010.
- Membantu 2 orang AJK IKRAM & JIM Batu yang diuji dengan musibah penyakit dan juga kecurian alatan pejabat (pecah pejabat) melalui tabung khas.
- Membantu seorang ibu tunggal mangsa ribut yang menghadapi masalah tempat tinggal kerana kerosakan pada bumbung rumah.
- Membantu belian meja program “Berbuka Puasa Perdana Hidayah Centre” di Putrajaya pada 28 Ogos 2010.
- Bersama Aqsa Syarif Batu, menyumbang kepada Aqsa Syarif Pusat untuk Tabung Land Convoy to Gaza sebanyak RM2,000 dan RM420 untuk Tabung Palestin.
Sama-samalah kita memanfaatkan sepenuhnya janaan tenaga Ramadhan 1431H untuk menyemarakkan lagi aktiviti dakwah di daerah Batu.
Saya dan seluruh AJK JIM Daerah Batu dan IKRAM Daerah Batu mengucapkan Salam Eidil Fitri, Minnal a’idin wal faizin, Kullu ‘aam wa antum bikhair, TaqabalalLahu minna wa minkum. Salam ukhuwwah dan salam kemaafan.
Allahu akhbar willahil hamd
Akhukum fillah
Hassan Unir
YDP JIM & IKRAM Batu
Program Tautan Kasih Ramadhan IKRAM & JIM Batu
4-6 September 2010 – Seperti Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas, pada 10 akhir Ramadhan JIM Daerah Batu dan tahun ini bersama dengan IKRAM Daerah Batu, JIM KL dan IKRAM WP menghulurkan sumbangan kepada insan yang kurang bernasib iaitu anak yatim, ibu tunggal, OKU, fakir miskin, pesakit kronik dan warga emas di kawasan Batu.
Tahun ini program yang dinamakan PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN dengan tema “Membantu Mereka Yang Lebih Memerlukan” telah berjaya mengagihkan 72 sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan asas. Di samping itu sumbangan juga dihulurkan kepada seorang ibu tunggal iaitu Puan Hasanah Nordin yang ditimpa musibah ribut yang memusnahkan bumbung rumah beliau di Kg Sungai Mulia. Tidak dilupakan juga sumbangan kepada AJK JIM Batu dan IKRAM Batu yang sakit iaitu ustaz Mohd Zaki Mukhtar.
Lokasi penerima sumbangan
1. PPR Taman Beringin – 18 sumbangan bersama dengan YB Tian Chua
2. Surau At-Taqwa Sentul Utama – 10 Sumbangan bersama dengan YB Tian Chua
3. Surau Muhajirin Belakang Taman Bolton – 10 sumbangan
4. PPR Taman Wahyu belakang TESCO Kepong – 15 sumbangan
5. Masdarah Khairiah Perumahan Sri Perak, Bandar Baru Sentul – 15 sumbangan
3. Puan Hasanah Nordin, Kg Sungai Mulia – mangsa ribut
Wassalam.
Abu Syamil
“Hantar hero/heroin ke Gaza!” – Lukis Kartun Bersama Abe
Pejabat JIM Batu, 8 Jun 2010 – Program “Jom Belajar Lukis Kartun Bersama Kartunis Abe” mendapat sambutan hangat di mana 27 peserta telah menghadiri program ini melebihi sasaran penganjur iaitu 20 orang peserta. Peserta yang hadir terdiri daripada anak-anak berumur 7 hingga 15 tahun.
Program yang berbentuk bengkel ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh kartunis terkenal Abe atau nama sebenarnya Tuan Mohd Azhar. Abe adalah pelukis asal siri “Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk” dalam majalah ASUH yang menjadi kesukaan ramai kanak-kanak.
Program sehari ini dimulai dengan penerangan mengenai kartun, macamana untuk mendapat pahala melalui kartun dan adab-adab dalam menghasilkan kartun. Seterusnya peserta didedahkan teknik-teknik asas melukis kartun dimulai dengan melakar muka kawan di sebelah. Ada juga peserta yang tidak tahu langsung melukis. Abe mengatakan sesiapa saja yang boleh membuat 3 bentuk garisan iaitu; garisan lurus, garisan bengkok dan bulatan, mereka sebenarnya boleh melukis kartun. Tiga garisan tadilah yang digunakan untuk melukis kartun, tak ada garisan keempat.
Antara perkara yang dipelajari oleh peserta ialah:
- Melakar muka dan bentuk-bentuk muka
- Melukis mata dan bentuk-bentuk mata
- Melukis hidung dan bentuk-bentuk hidung
- Melukis mulut dan bentuk-bentuk mulut
- Formula kedudukan telinga, mata dan mulut
- Melakar orang lidi dan gerakan
- Melakar orang penuh
Peserta juga diminta membuat 3 tugasan iaitu pertama bertajuk “Alien Serang KL” dengan memasukkan imej kapal angkasa Alien, bangunan, orang, kenderaan, haiwan dan pokok. Wah! Kreatif betul para peserta dengan berbagai bentuk kapal angkasa yang dilukis.
Tugasan kedua iaitu “Mencipta Seorang Hero/Heroin Islam” juga menarik minat peserta. Apabila Abe mengatakan hero/heroin yang dibuat akan dihantar ke Gaza untuk melawan rejim zionis Israel, maka timbullah berbagai senjata kreatif dengan teknologi canggih yang dilukis oleh peserta.
Tugasan terakhir ialah membuat lukisan keluarga sendiri yang terdiri daripada ayah, emak, adik, kakak, abang dan diri sendiri.
Keseluruhannya program ini berjaya mendedahkan peserta dengan teknik-teknik asas melukis kartun. Ada beberapa peserta berbakat besar melukis kartun. Peserta perlulah berlatih dan terus membiasakan diri dengan teknik-teknik yang diajar. Menarik juga bila kebanyakan kartun peserta terpengaruh dengan manga-jepun!
Apa pun kita mengharapkan bakat melukis anak-anak ini dapat dimanfaatkan untuk menyebarkan dakwah melalui satu lagi media kesukaan ramai iaitu KARTUN! Terimakasih Abe!
Foto-foto lain boleh dilihat di sini.
Dr Hafidzi menyeru jemaah MSAKW bersama-sama merasai barakah Baitul Maqdis
Padang Balang, 9 April 2010 – Pengarah PACE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dalam ceramahnya mengajak jemaah Masjid Saidina Ali KW bersama-sama dalam perjuangan membebaskan Baitul Maqdis supaya sama-sama mendapat keberkatan yang melimpah daripada bumi penuh barakah itu.
Di dalam al-Quran, Baitul Maqdis dinyatakan sebagai bumi Barakah sebanyak lima kali dalam empat surah iaitu al-Anbiya ayat 71 dan ayat 81, Saba’ ayat 18, al-A’raf ayat 137 dan al-Isra’ ayat 1. Beliau juga menekankan bahawa bumi Palestin hanya dapat dibebaskan melalui Jihad, bukannya melalui meja rundingan atau perjanjian damai.
Di samping ceramah, JIM Batu dan PACE juga mengadakan pameran Palestin, jualan buku-buku dalam Siri Bebaskan Al-Aqsa dan kutipan sumbangan. Jumlah sumbangan yang diterima ialah sebanyak RM296.40. Pada akhir majlis, JIM Batu juga telah menyerahkan buku “Tip Urus Kelab Remaja Masjid” kepada pihak Masjid SAKW yang diterima sendiri oleh pengerusinya Tuan Haji Zainal Abidin Maas. Read the rest of this entry »
Bersama Dr Hafidzi di Masjid SAKW Padang Balang
Pada hari terakhir KLIBF10 di PWTC yang lepas (Ahad 28 Mac 2010), Prof Madya Dr Hafidzi telah menggunakan sepenuhnya peluang berucap di Pentas Utama KLIBF20 untuk menyampaikan perkembangan terbaru di Palestin dan juga usaha-usaha terbaru PACE membantu umat Islam di Palestin. Ucapan beliau yang bersemangat berjaya menggamit ramai pengunjung untuk berhenti sejenak. Sebelum mengakhiri ucapan, Dr Hafidzi sempat mengajak hadirin memboikot 4 produk yang menyokong kuat kegiatan rejim zionis Yahudi iaitu:
- L’Oreal (Kosmetik)
- Coca Cola (Air kola berkarbonat)
- Nestle (Mee segera, minuman, makanan kesihatan, susu bayi dll)
- McDonald (Restoran makanan segera)
Jom bersama dengan PM Dr Hafidzi di Masjid Padang Balang pada 9 April 2010 selepas solat Maghrib!
KARISMA-JIM SARAN ISU SILANG JANTINA DIPERHALUSI SECARA PROFESIONAL
KARISMA-JIM SARAN ISU SILANG JANTINA DIPERHALUSI SECARA PROFESIONAL
JK Hal Ehwal Kebangsaan, KARISMA-JIM
Semakin panas isu silang gender yang terus dibicarakan daripada hari ke hari sehingga ke detik ini. Belum selesai isu menara gading dipenuhi oleh para pelajar perempuan ditambah dengan kecemerlangan akademik yang ditempah majoriti nama-namanya adalah daripada kaum hawa, sejak mula daripada peringkat sekolah rendah, menengah, mahupun di institut pengajian tinggi awam mahupun swasta.
Baru-baru ini CEUPACS pula menyuarakan kebimbangan kepada sektor awam yang mana semakin dimonopoli oleh penjawat awam daripada kaum wanita yang dikhuatiri akan mengganggu kelancaran servis penyampaian maklumat serta memberikan kesan kepada masyakarat juga Negara.
Berkesinambungan daripada isu ini, tidak siapa mampu nafikan akan diwujudkan sistem kuota bagi mengimbangkan nisbah antara lelaki dan perempuan sama ada untuk merebut tiket ke pusat-pusat pengajian tinggi mahupun untuk menempatkan diri dalam sektor awam terutama kerjaya professional. Read the rest of this entry »
Best!! Best!! Best!!… insyaAllah best!
Program yang dinanti-nantikan oleh semua REMAJA Kuala Lumpur…. katibah Bulanan Remaja (siri 1)
Nama Program
BEST
Pengisian
1. Liat-Liat Solat (Ice Breaking)
2. Tahsin Solat (Penerangan tentang Solat, Wudu’ & Mandi hadas)
3. Solat Not So Late (Praktikal Solat )
Tarikh
24 Januari 2010
Tempat
Sekolah Islam ADNI
Masa
8.00am – 1.00pm
Sasaran
12 – 17 tahun
Yuran
RM5 sahaja
Tarikh Tutup Penyertaan
22 Jan 2010
PERCUMA!
1. Makanan sepanjang program
2. Buku Panduan Amali Solat bernilai RM6.50 sumbangan READNETWORK
Jom…..reramai raikan…………
( Click http://kbm-ssq-5r.blogspot.com/)
“Perbaiki Dirimu Kemudian Serulah Pada Yang Lain ….(HAB)”
Mohd Hafiz ( bai )
SU Kerja JKPRB
Mantan SUA KNL
019-7517051
(http://hafizbaiel.blogspot.com/)* baru updated sangat
(http://hafizbaiel.fotopages.com/)
(http://krjjohor.blogspot.com/) Blog KRJ
(http://www.karisma.jim.org.my/)
(http://kbm2u.blogspot.com/) Blog KBM
(http://hafizbai.multiply.com/)































